Cari duit !!!

Followers

Monday, November 29, 2010

Obama Kena "tomoi"

WASHINGTON 27 Nov. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama terpaksa menerima 12 jahitan di bahagian atas bibir selepas disiku semasa bermain bola keranjang pagi semalam bersama keluarga dan rakan-rakannya yang berkumpul sempena cuti Hari Kesyukuran.

Setiausaha Media White House, Robert Gibbs berkata, kecederaan tersebut berpunca dari tindakan Pengarah Program Institut Kongres Hispanik Kokus, Rey Decerega yang tidak sengaja menyiku Obama pada mulutnya semasa set kelima dan terakhir permainan.

“Decerega cuba menjaringkan bola tetapi terlanggar Obama yang bermain di posisi pertahanan,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hampir tiga jam selepas insiden berlaku.

Berikutan kecederaan tersebut, Obama terpaksa menerima jahitan dengan bantuan pakar bius di tingkat bawah White House selepas beliau pulang ke kediaman rasminya itu.

Doktor menggunakan benang khas filamen halus berbanding yang biasa digunakan kerana ia boleh menghasilkan jahitan lebih kemas, kuat dan meninggalkan parut yang tidak ketara.

Presiden tersebut sebelum itu pergi ke Fort McNair bagi menyertai permainan tersebut yang juga satu daripada sukan kegemarannya.

Turut bersama beliau dalam perlawanan lima lawan lima itu ialah anak saudara lelakinya, Avery Robinson; Setiausaha Pendidikan, Arne Duncan dan Reggie Love iaitu pembantu peribadinya, yang sebelum ini pernah mewakili pasukan Universiti Duke.

Selepas kira-kira 90 minit bermain, Presiden itu dilihat keluar dari bangunan berkenaan sambil memegang gumpalan kapas di bahagian mulutnya.

Beberapa jam kemudian, pemberita yang berkumpul di laluan masuk ke White House, ternampak Obama berdiri di tepi tingkap tingkat atas sambil menekap pek ais ke mulutnya sebelum duduk dan berlalu pergi. – Agensi

Dipetik dari Utusan Malaysia


Sunday, November 28, 2010

Cara nak kenakan pemalas

Cara nak kenakan orang yang malas nak google cari sesuatu. Contohnya member korang suh cari pasal sesutu benda, padahal dia bnyk masa free & saje je nak menyusahkan korang. Cara nak sindir ini orang ialah dengan let me google that for you. First skali open http://lmgtfy.com/ , lepas tu masukkan benda yang nak di cari macam biasa, then tekan google search. Lepas tekan google search akan ada satu link yang telah digenerate kat bawah tu. Copy link & sent kt member pemalas tu. Enjoy

Malaysia Boleh



Rakyat Malaysia popular di Internet

Kosmo - DALAM satu tinjauan global, rakyat Malaysia dilaporkan sebagai golongan yang paling popular di Internet manakala rakyat Jepun paling sedikit. Tinjauan itu sekali gus mencerminkan budaya sesebuah negara melalui perilaku dalam talian.

Menerusi kajian hidup digital oleh syarikat penyelidikan Global TNS, Malaysia memenangi 'pertandingan' populariti Internet dengan purata 233 teman di rangkaian sosial mereka berbanding hanya 68 teman bagi rakyat China dan hanya 29 teman bagi pengguna Internet di Jepun.

Penemuan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan latar kepelbagaian budaya dan juga tradisi rumah terbuka yang sering dianjurkan sepanjang tahun, rakyatnya lebih bersikap terbuka untuk membina kenalan baru.

Seorang pelakon dan penulis, Chacko Vadaketh memberitahu, tabiat mengundang orang adalah tabiat rakyat Malaysia.

"Maka, orang yang kamu mungkin kenal dan seterusnya dianggap sebagai kawan lebih meluas konsepnya berbanding komuniti lain," katanya yang mempunyai seramai 1,010 rakan di laman sosial Facebook.

Source

Tokke a.k.a Gecko

Tokke @ gecko tergolong dalam spesis cicak ataupun biawak. Tokke amat popular kerana dikatakan harganya mahal berikutan ada ura-ura yang mengatakan tokke dapat menyembuhkan Aids & Hiv. Setakat ni takde lagi berita pasal penyelidikan Aids & Hiv yang menggunakan ekstrak daripada tokke@gecko sebagai agen penyembuhan. Bagi pendapat aku, Aids & Hiv ni adalah salah satu penyakit yang tiada ubatnya. Memang dalam Al-Quran ada cakap yang setiap penyakit ada ubatnya. Mungkin ubat Aids & Hiv ni lebih kepada pencegahan bukan dari pemakanan pil-pil, pembedahan, terapi dan lain-lain lagi. Seperti yang kita tahu, Virus Hiv berjangkit melalui perkongsian jarum suntikan(biasanya penagih), cecair badan contohnya darah dan air mani/cecair faraj. So,dengan mengelak daripada melakukan penagihan dadah, zina & seks bebas kita dapat membendung virus Hiv daripada merebak. Cuba kita bayangkan jika Hiv & Aids ada penawarnya, lepas ni konfem kes-kes zina dan penagihan dadah semakin meningkat kerana tiada sebab untuk takut dengan jangkitan Hiv lagi....


Inilah Tokke..

INFO TOKKE:

1)Di Indonesia dan Pulau Jawa ia dikenali sebagai Tokek.

2)Tergolong dalam keluarga cicak Gekkonidae.

3)Haiwan ini tersebar luas bermula dari India timur, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Semenanjung Malaysia dan pulau sekitarnya, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi, Lombok, Flores, Timor, Aru dan Kepulauan Filipina.

4)Dipercayai ada lebih 2,000 spesies cicak gecko-gecko di seluruh dunia yang belum lagi dijumpai.

5)Cicak berkenaan kerap ditemui di pokok dalam pekarangan rumah, terutama di kampung dan tepi hutan.

6)Spesies terbesar dikenali Kawekaweau dengan panjang badannya 60cm. Spesis terkecil ialah Jaragua Sphaero dengan panjangnya 16mm.

7)Dipercayai apabila mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan enzim yang mampu mengubati penyakit HIV/AIDS, sakit kulit dan asma.

Harga :

300 grams - 399 grams = RM25,000 - RM35,000
400 grams - 499 grams = RM80,000 - RM120,000
500 grams - 599 grams = RM200,000 - RM400,000
600 grams - 799 grams = RM500,000 - RM700,000
800 grams - 999 grams = RM800,000 - RM980,000
1kg keatas, harga dijangkakan melebihi RM 1 juta..

Source
Photo source

Apabila Ajal Menjelma

Nah, entri aku kali ni berkisarkan tentang ajal. Sebagai seorang muslim, kita percaya yang ajal maut di tangan ALLAH s.w.t . Kita tidak tahu bila kita akan mati dan dimana kita akan di jemput untuk kembali kepada pencipta kita. Renung-renungkanlah video kat bawah ni supaya boleh dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.





Saturday, November 27, 2010

Dedicated to all my friends

Lagu ni aku tuju khas kepada sesiapa yang baca entri ni.Layan~ kawan by plague of happiness



By the way, tengah aku syok surf internet sambil layan lagu Kawan(Plague of happiness), aku terbaca satu artikel pasal persahabatan iaitu "kerana sahabat ahli syurga enggan masuk syurga" kat laman web syahirul.com.Terharu gak aku baca, actually artikel ni dah lama ada kat syahirul.com cuma aku je lembab sket. Mungkin ada antara korang semua dah baca kot. Artikel ni mengisahkan 2 sahabat yang dipanggil menghadap Allah s.w.t pada hari akhirat kelak. Salah seorang daripada 2 sahabat ini adalah hamba yang taat kepada perintah Allah manakala sorang lagi sebaliknya. Nak dipendekkan cerita, sahabat yang derhaka kepada perintah Allah di bawa ke Neraka untuk diseksa dan sahabat yang taat kpd perintah Allah di bawa ke syurga. Tetapi di sebabkan persahabatan mereka di dunia begitu akrab, sahabat yang di beri ganjaran syurga menolak untuk masuk ke syurga melainkan sahabatnya ikut serta. Akhirnya, Allah s.w.t mengizinkan kedua-dua sahabat itu masuk ke syurga . Lebih kurang camni la artikel tu. Korang boleh baca sendiri kat sini.

Morale of the day, Hargailah sahabat anda!!!

First award!!!!!!!



yooo, aku dapat award(Beautiful Blogger) beb, hahahaha. Sebenarnya, award ni berantai tapi tak kisahlah asalkan namanya award atau dalam bahasa melayunya anugerah. Oh ya! Langkah pertama yang perlu di lakukan jika terpilih sebagai penerima award ialah berterima kasih beserta link kepada blogger yang memberinya. So, saya dengan terharunya ingin mengucapkan terima kasih kepada sis Rafina mimi kerana memilih saya sebagai penerima award ini. Terima Kasih!!

Langkah kedua: Cari dan pilih 15 blogger beserta link yang korang rasa blog beliau cantik @ menarik
Dengan bangganya aku memilih blogger di bawah ini yang aku rasa blog beliau menarik & cool

1)Mr_mind

2)Mr Smile

3)red One

4)Umibarakah.blogspot

5)sembangkosong

6)Budak comel

7)Melvister.com

aku listkan 7 dulu..tak terpikir lagi 8

Langkah akhir,"describe 7 things about yourself"

Sonang jo ni
1)Lelaki
2)Melayu
3)Sudah baligh
4)Waras
5)Agama Islam
6)Solat 5 waktu sehari semalam
7)Manusia normal

Liquid Mountaineering - real or fake?

Liquid Mountaineering merupakan satu sukan yang baru di cipta dimana seseorang berlari di atas permukaan air tanpa tenggelam. Sukan ini merupakan penipuan kerana ianya melanggar hukum fizik- daya graviti (gravitational force) badan yang menarik badan seseorang kebawah lebih kuat berbanding daya keapungan (buoyant force) yang menahan diri seseorang daripada tenggelam. Populariti Liquid mountaineering bermula apabila ianya menjadi tumpuan masyarakat di youtube, dan ramai tertanya-tanya "adakah ianya benar?". Video ini dicipta semata-mata untuk mempromosikan baju & kasut kalis air serta kelengkapan yang di gunakan di dalam video ini. Alangkah bestnya jika sukan ni betul-betul ada.



Source

Friday, November 26, 2010

Thursday, November 25, 2010

Rape-axe condom

Rape-axe ialah sejenis kondom yang direka khas oleh seorang wanita Afrika Selatan ,Dr Sonnet Ehlers untuk membendung jenayah rogol. Rape-axe berfungsi dengan memberi kesakitan yang menusuk kepada objek yang ditarik keluar selepas melalui permukaan dalamnya. Dengan erti kata lain, Rape-axe berfungsi sebagai pelindung kepada golongan wanita bagi mengelak daripada dirogol. Dr. Sonnet Ehlers telah mengedarkan 30,000 unit Rape-axe kepada orang awam ketika berlangsungnya piala dunia 2010 di Afrika Selatan. Alat ini masih dalam proses ujikaji dan masih belum di pasarkan. Dr. Ehlers menjangkakan harga seunit Rape-axe adalah $2.


Dr Sonnet Ehlers with Rape-axe

How its work?


Source

More

Pelacur Muda

Kesian, kanak-kanak & remaja perempuan belasan tahun diekploitasikan oleh golongan yang tidak berperikemanusiaan dan tamak. Perkara seperti ini sudah berlaku hampir di seluruh dunia especially Thailand & Kemboja, Malaysia takde kot kes-kes macam ni. Remaja perempuan yang hidup dalam kemiskinan & yatim piatu menjadi target sindiket-sindiket pelacuran untuk di jadikan pelacur. Di kemboja, remaja & kanak-kanak perempuan yang di bawa dari Vietnam akan di jadikan pemuas nafsu kepada golongan Paedophile



More

Wednesday, November 24, 2010

Main-main sama itu youtube

Korang mesti pernah main game snake kat dalam handphone kn?? especially yang pakai handphone nokia 3310 tahu ler camner game tu. Buat score paling tinggi pastu cabar member-member kat skolah beat highscore korang. Sekarang nokia 3310 dah masuk muzium, kalau ade lagi orang pakai, orang tu mesti peminat barang-barang antik. Oh ya!! disebabkan connection internet yang tak menentu speednya, kadang-kadang laju, kadang-kadang slow. Kalau connection slow, tengok video kat youtube asyik buffering je. So, bagi mengisi masa lapang ketika buffering video, youtube telah mereka game snake yang seakan-akan dalam nokia 3310. Caranya senang, ketika buffering video kat youtube, akan keluar satu bulatan yang berpusing-pusing kat tengah, bulatan tu yang akan jadi snake untuk dikawal. Untuk main-main sama snake, just tekan up arrow or down arrow. Bulatan tu akan bertukar menjadi ular maya yang tak berbahaya.

Selamat mencuba!!

Smoking kills

Merokok dah jadi biasa zaman sekarang so, untuk mengekalkan cara hidup sihat walafiat sampai ke tua berhentilah tabiat merokok. Ketagihan rokok tak sama dengan ketagihan dadah, ketagihan rokok adalah lebih kepada tabiat untuk merokok. Kepada para perokok silalah berusaha untuk hentikan tabiat merokok. Kalau nak hentikan tabiat merokok korang ni (perokok sahaja), korang boleh cuba Niquitin.Mungkin berkesan kot.




Terapi penggantian nikotin tidak mengandungi tar dan gas berbahaya seperti yg didapati dalam asap rokok.
Dengan terapi ini keinginan dan keperluan terhadap nikotin (bahan dalam rokok yg menyebabkan ketagihan) akan berkurang secara beransur2. Ia akan mengurangkan simptom2 biasa apabila seseorang itu berhenti merokok seperti ketagihan, resah & gelisah.
Beberapa kajian mengenai Niquitin:
1) terbukti secara klinikal dalam membantu berhenti merokok
menggandakan peluang berhenti merokok
2) perlindungan 24 jam - walaupun terhadap ketagihan kuat di awal pagi
3) melegakan ketagihan dalam beberapa minit

Source

p/s: Kalau tak silap aku harga sebijik pil Niquitin ni RM 11. Mahal singgit dari Dunhill 20s.

Khasiat Kentut



WASHINGTON


Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.

"Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain. Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menabah khasiat untuk kesihatan orang lain.

Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut.

Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.

Source

The power of fart finally revealed!!!

Baby Bob Marley

Bob marley merupakan seorang penyanyi genre reggae yang berasal dari jamaica. Hah,ni dia Bob Marley



Ini entri bukan nak highlightkan Bob Marley, entri kali ni aku nk share video bayi yang berhenti merengek selepas dengar lagu buffalo soldier yang dinyanyikan Bob Marley. Tengokla video ni, korang akan tahu betapa kuatnya pengaruh Bob Marley dalam jiwa bayi ni.



more

Tuesday, November 23, 2010

Living Darfur

Music video yang berlatarkan kehidupan di Darfur.



more

Apabila rakyat indonesia mula ber"facebook"

Apabila segelintir rakyat Indonesia yang cetek ilmu mula menceburi diri dalam bidang "facebook" maka terciptalah page ini, tadaaaaaaaaaa




Lebih jelas tekan sini

Kita tengok siapa yang kena

Korang nak tahu buah hati kawan-kawan tapi tak tahu caranya. Senang je, follow steps kat bawah ni

First sekali, bukak website ni http://www.secret-loves.com/

Tekan "Click here to get started" kat bawah tu



Lepas masukkan nama & email, tekan create link. Share link yang di "generate" kepada sape-sape yang nak dikenakan. Notification akan dihantar ke email korang jika ada orang yang terkena.

Sekian,terima kasih

Welcome to Malaysia

Jom cuti-cuti Malaysia!!!!



Aku tak pernah jumpa lagi air terjun cantik macam ni (0:24)

Ubat penaik selera makan

Hilang selera makan???
Terlalu kurus & ingin menaikkan berat badan..
Gemar makan tetapi hilang selera??

saya ada penyelesaiannya, ianya mudah di praktikkan. Anda tidak perlu makan appeton weight gain kerana ianya mahal & membazir. Anda cuma perlu melayari laman web ini: sila click kat sini

Cover lagu "I wanna be sedated" terbaik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...