Cari duit !!!

Followers

Sunday, November 28, 2010

Tokke a.k.a Gecko

Tokke @ gecko tergolong dalam spesis cicak ataupun biawak. Tokke amat popular kerana dikatakan harganya mahal berikutan ada ura-ura yang mengatakan tokke dapat menyembuhkan Aids & Hiv. Setakat ni takde lagi berita pasal penyelidikan Aids & Hiv yang menggunakan ekstrak daripada tokke@gecko sebagai agen penyembuhan. Bagi pendapat aku, Aids & Hiv ni adalah salah satu penyakit yang tiada ubatnya. Memang dalam Al-Quran ada cakap yang setiap penyakit ada ubatnya. Mungkin ubat Aids & Hiv ni lebih kepada pencegahan bukan dari pemakanan pil-pil, pembedahan, terapi dan lain-lain lagi. Seperti yang kita tahu, Virus Hiv berjangkit melalui perkongsian jarum suntikan(biasanya penagih), cecair badan contohnya darah dan air mani/cecair faraj. So,dengan mengelak daripada melakukan penagihan dadah, zina & seks bebas kita dapat membendung virus Hiv daripada merebak. Cuba kita bayangkan jika Hiv & Aids ada penawarnya, lepas ni konfem kes-kes zina dan penagihan dadah semakin meningkat kerana tiada sebab untuk takut dengan jangkitan Hiv lagi....


Inilah Tokke..

INFO TOKKE:

1)Di Indonesia dan Pulau Jawa ia dikenali sebagai Tokek.

2)Tergolong dalam keluarga cicak Gekkonidae.

3)Haiwan ini tersebar luas bermula dari India timur, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Semenanjung Malaysia dan pulau sekitarnya, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi, Lombok, Flores, Timor, Aru dan Kepulauan Filipina.

4)Dipercayai ada lebih 2,000 spesies cicak gecko-gecko di seluruh dunia yang belum lagi dijumpai.

5)Cicak berkenaan kerap ditemui di pokok dalam pekarangan rumah, terutama di kampung dan tepi hutan.

6)Spesies terbesar dikenali Kawekaweau dengan panjang badannya 60cm. Spesis terkecil ialah Jaragua Sphaero dengan panjangnya 16mm.

7)Dipercayai apabila mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan enzim yang mampu mengubati penyakit HIV/AIDS, sakit kulit dan asma.

Harga :

300 grams - 399 grams = RM25,000 - RM35,000
400 grams - 499 grams = RM80,000 - RM120,000
500 grams - 599 grams = RM200,000 - RM400,000
600 grams - 799 grams = RM500,000 - RM700,000
800 grams - 999 grams = RM800,000 - RM980,000
1kg keatas, harga dijangkakan melebihi RM 1 juta..

Source
Photo source

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...