Cari duit !!!
Followers
Monday, October 11, 2010
10.10.10
10.10.10, cantekkn tarikh ni..di sebabkan kecantikkan tarikh ni ramai yang melangsungkan perkahwinan baik didalam mahupun luar negara.kalo dalam negara Malaysia,angkasawan 1 negara iaitu Syeikh Muzaphar yang memahat sejarah pada tarikh ini dengan mendirikan masjid.Congrats!!!.Sebenarnya aku xberminat pn psal syeikh muzaphar ni,entri blog aku kali ni focus kpd Kemalangan di PLUS Highway Berdekatan Simpang Ampat, Melaka.Berita Harian ada tulis yang 12 org mninggal dunia dlm kjadian tu & 40 lagi cedera.Takziah di ucapkan kpd keluarga mangsa nahas.Sekarang ni makin bnyk bnda2 camni berlaku,aku paling fobia kalo bab2 eksiden ni.xtaw r nk naik pe pasni.naik moto bahaya,naik kete bahaya,naik BAS pn bahaya...
SEBUAH bas menghempap sebuah kereta dalam nahas di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi.
REMBAU: Sekurang-kurangnya 12 maut dan lebih 40 cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi.
Kemalangan berlaku jam 7.12 malam apabila sebuah bas Ekspres Delima dari arah selatan menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van. Sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tiga kereta turut terbabit dalam kemalangan itu.
Setakat tengah malam tadi, jumlah sebenar mangsa belum dikenal pasti kerana semua yang terbabit sama ada yang meninggal dunia dan cedera, termasuk parah dihantar ke hospital.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, berkata kemalangan berlaku di lebuh raya menghala ke selatan, iaitu di antara Hentian Pedas-Linggi dan Plaza Tol Simpang Ampat.
“Sebahagian besar mangsa dihantar ke Hospital Tampin, Alor Gajah dan Melaka bagi memudahkan mereka menerima rawatan kerana kemalangan berlaku di lebuh raya menghala ke selatan,” katanya kepada Berita Harian malam tadi.
Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, berkata 24 pegawai dan anggota dari balai Rembau, Tampin dan Alor Gajah dihantar ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.
Seorang penumpang bas ekspres yang cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), Nur Najlaa Aqilah Mohd Ghazali, 19, berkata dia sedang tidur ketika kejadian.
Pelajar Universiti Malaya itu berkata, dia terkejut daripada tidur apabila bas bergoyang kuat dan berpusing beberapa kali sebelum terbabas di lebuh raya bertentangan.
“Bas menimpa sebuah kereta sebelum dirempuh sebuah bas dari arah bertentangan. Keadaan kelam kabut dan nasib baik saya hanya cedera ringan,” katanya yang cedera muka dan tangan.
Difahamkan, bas JKM terbabit membawa bekas tentera yang menghadiri Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, petang semalam.
Source:berita harian online
video:
Pics:
source
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment